Friday, April 10, 2009

the final desteny have been fullfill.

alhamdulillah dengan kuasa yang maha esa kami berjaya mengharungi final camp kami.pahit manis kami tempuhi bersama dan segala kenangan disimpan selamanya.walaupun ada beberapa pekara yang mengganggu saya sewqaktu camp dan selepas camp kenangan bersama kawan2 tak mungkin saya lupakan.kerana itulah kenangan yang tercabar dan tak mungkin saya harunginya lagi...
kepada En Hisyam terima kasih yang tak terhingga saya ucap kan kerana mengajar kami dari awal semesta sehinggalah ke hari ini.saya pasti sir mesti penat melayan karenah kami semua.terima kasih banyak2 sir.moga tuhan membalas segala budi baik sir..
kepada rakan2 seperjuangan,terima kasih kerana banyak membantu saya.walaupun ada dikalangan kamu yang tidak senang dengan cara saya tapi masih lagi kamu semua ingin membantu insan selemah saya.terima kasih banyak2 atas segala pengalaman yang kita kongsi bersama.dan maafkanlah seandainya ada kelakuan atau tutur bicara yang menyakitkan hati kalian.sesungguhnya yang baik itu dari allah dan ynag buruk itu dari saya..saya berdoa agar kalian berjaya dalam hidup dan teruskan berkawan dengan saya..salam sayang dari sahabat kalian DARLYN.

low rope course.

kami masuk ke tempat low rope agak lewat kerana beberapa pekara.so setibanya di sana kami diminta untuk setup 2 lagi course untuk membolehkan kami meneruskan aktiviti.best sangat mas bt tak presure pun diorang nyanyi dan bt lawak sambil bt kerja so semua dalam keadaan happy dan kerja pun siap cepat.partner saya untuk low rope ialah saleha.semestinya saya sedikit laju dari yng lain kerana mempunyai flexsibility yang tinggi tapi saya turut berhati2 kerana tak mustahil saya akan bt slp.so semuanya kami bt dengan cepat keraqna ramai diantara kami sudah pun berpengalaman dalam melakukan aktiviti ini.bila dah siap kami kena cabut semula semua yang terikat krn kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir untuk melakukan aktiviti ini.masa keluar dari kawasan pun seronok sebab kn nyanyi lg lama2 mas kami kecil2 dulu dan lagu tema..seterusnya bersedia untuk aktiviti survivor..

mountain biking

tak banyak yang boleh sy tulis untuk aktiviti ini kerana kami berada dalam keadaan mamai.selepas je melapor pada cik khaizani kami berjumpa dengan fesi.fesi memberi keterangan tentang anatomy mountain bike.muka kami semua tersengguk2..mengantok sesangat.yang lekat dikepala ialah handal,break,tayar dan jaga gear.yang lain tak lekat dikepala.mungkin sebab fesi memahami keadaan kami yang begitu mengantok dia membawa kami biking atas jalan biasa.yelah risiko utinggi sekiranya kami biking dalam hutan atau trek yang sebenar.mana tak nay atas jaln biasa pun bawak terhuyuhayang.hermm...masa naik bukit semua turun tolak basikal fesi gelak je tengok gelagat kami..aduh..malu btl..lepas je tiba di camp site kami cuci basikal dan report.semasa bt laporan kami memohon maaf kepada fesi dan instructor kerana keadaan kami yang mamai...alhamdulillah mereka faham..tapi kami stil lg rasa serbasalah.

ikhtiar hidup..

kami masuk dalam hutan dah lambat so bila dapat je port untuk bt suvivor kami terus tebas2 dan cari kayu api untuk bt unggun api.dah lah baju basah hujan plak tu memang sejuk sangat.nak dijadikan cerita touch light yg kami bawa tu kehabisan bateri.so bt lah kami kerja dalam gelap gelita.tetiba hakim yang tengah belah kayu depan saya jerit'ADUH'...'kenapa hakim' tanya saya, 'aku rasa aku dah belah tangan sendiri'sambil menghulurkan tangan yang penuh darah kearah saya.apa lg cepat2 saya ambil air dan basuh tangannya sambil mulut cuba menenangkan dirinya.dayah yg fobia darah terus pening kepala tengok tangan hakim dipenuhi darah..mujurlah dah blajar first aid.saya pun balut tangan dia dan meminta dia melaporkan kpd fesi.selepas api dah dihidupkan fesi dtg dan terus kami bertanya'cik,daus mana?'fesi tersebut menyatakan daus ke klinik kerana masalah dislocate di bahunya..aduh nervers plak rasanya tinggal 2 lelaki dan 2 pompuan je..tak lama kemudian mereka pun pulang dengan muka ceria n bersemangat.yang lain tido tapi saya tak dapat tido pad malam itu so berboraklah saya dengan sesiapa je yang terjaga.alhamdulillah semuanya ok.nak tau kisah misteri yang berlaku pada kami kn tanya tuan punya badan sendiri..huhu..servivor ni memang best sbb saya dapat menolong orang sekali lg.

mandi air terjun.

untuk melakukan aktiviti waterfall abseiling kami perlu mendaki bukit selama 30 minit.memang mencabar sebab laluan yang digunakan curam dan licin skali tersilap malanglah nasib.pergerakkan kami ambil masa yang sedikit lama kerana bob salah seorang kumpulan kami sakit kaki.dah tiba di kaki air terjun kami pun bersemangat nak bt,tak sabar2 nak tunggu giliran tapi ynag kelakarnya bila dah tiba giliran pas sorang2 tak jadi nak bt sebab takut.huhu..bagi saya ynag langsung tak ada pengalaman dalam abseiling lagi lah kecut perut.tah brapa kali ikat bowline n buka balik sebab tak yakin.udahnya saya orang yg ke 3 akhir untuk melakukan akitiviti ni.sebelum turun kena jerit nama dulu.dah lah takut sebut nama sendiri pun dah tak betul..masa turun licin sgt and takut sangat2.tapi bila dah sampai rasa nak bt lagi..huhu..so saya ambil kesempatan untuk mandi..huhu..saya rasa happy sgt sbb dapat tolong kawan2 masa diorang nak turun bukan apa saya tengok fesi yang menunggu tu dah menggigil sampai cram kaki2 diorang so apasalahnya tolong..masa nak tirun tu tak tau lah brapa banyak kali saya jatuh.siap terpijak laluan semut lagidah tak pasal2 kena serangan semut.tapi pengalaman ni memang best lah sebab dah lama mengidam nak bt..huhu..thanks kawan2 yang menolong..

pusng2 janda baik.

ha..kali ni kami bt aktiviti kembara..selepas mendengar taklimat dari fesi,kami diberi biskut dan telur.ingatkan nak suruh makn,rupa2nya barang amanat yang perlu kami jaga...nasib baik tak masuk mulut lagi dah lah lapar..so mengembaralah kami 6 sekumpulan.jaln2 dapat klu pertama di bus station.entah apa bendalah yang ditulis macam bahasa siam.baca punya baca bahasa terbalik rupanya..dah baca bahasa terbalik dengan kami2 skali terbalik,klu kata jgn belok kiri kami belok kiri udahnya perjalankami makin jauh...nasib bk jumpa jugak klu kedua tapi jauh betul perjalanan 2 siap boleh berhenti kat surau lagi.dah lah paai life jeket dan helmet dah mcm org tak siuman je..jalan atas darat pakai life jeket,huhuu..kelakarlah tapi yang best bila naik bukit nampak kitorng macam anak ayam comel2 je..huhu..CP seterusnya memerlukan kami untuk terapung atas air yang deras.seronok sangat dapat hanyut and dapat mandi dalam masa yang sama.tapi biskut n telur ayam tu kami kena jaga macam nyawa sendiri..lepas mandi kami pergi buat kerja amal kat klinik kesihatan banyak juga kami sapu n kemas..bersih jadi tempaqt tu..sempat lagi salah seorang pekerja disitu mempelawa air kelapa kepada kami,tapi kami nak cepat so tak merasalah..dahaga punya pasal kami singgah satu rumah ni,'kak2,boleh tak kami nak tanya mana balai terdekat'...sebenarnya kami nak air bukan nak tanya jalan,tapi ayat kena susun rapi,...'erm...akak boleh tak kami minta air sedikit' dengan murah hati akak tu pun hulurlah 2 botol air..kat situ jugak kami minum dahaga gila dah r tengah panas,basah kuyup plak tu..aduh memang tak sopan.cek poin seterusnya memerlukan kami untuk mengecat sebuah warung.tuan punya warung tu memang happening sagt.asyik bercakap je..dalam masa yang sama sempat jugak kami menonton tv yang dipasang oleh anknya..hehe..kebetulan berita sukan..leka punya pasal sampai tangan sendiri kn cat pun tak sedar.huhu..dah lah tak pandai mengecat,nasib baik ada orng nak tolong ajarkan.memang makcik tu d bestlah..berut tengah bergendang diulur plak nasi n ikan sungai hm..best lah dah nama lagi ank pahg bila dapat masakan kampung terangkatlah..lepas makan kami diminta menyanyikan lagu uitm sebelum ke CP seterusnya.kantoi lagu tak hafal dah kena denda berlari sampi ke CP seterusnya.dah sampai kn bt strecher plak adoi bingung kejap tapi kejap je lepas tu kami dapat selesaikan kembara kami..seronok tapi memenatkan..

Wednesday, April 1, 2009

siapa punya UFO lagi laju?

ha..mai2 rakyat jelataku sekalian...ni patik nak bercerita tentang first aktiviti kami kat final camp..masa aktiviti rotation,kumpulan kami mulakan dengan aktiviti water rafting.kumpulan kami terdiri daripada 6 angota.kami kena reka rakit sendiri dengan menggunakan 4 tiup dan 7 batang buluh..setelah disigner kami mereka rakit tersebut kami pun membinanya..haha yang lawak nya ntah apa jenis knoting yang kami guna lintang pukang ikatan kami.nak dibandingkan dengan pihak lawan cantik n kemas je kerja diorang..tak pe lah yang penting kerja sama n senangat kami.so kami pun turunkan lah rakit 2 ke dalam air..alhamdulillah selamat terapung..tk sabar kami nak mulakan perlumbaan ni...semua dah bersemangat!bila semua dah naik rakit kami stabil dan seorang fesi telah kami pilih untuk sertai kami.dayung punya dayung rakit kami berda di hadapan pihak lawan,tapi atas kecuaian kami semua rakit kami menghalaka timur pulak so susahlah nak pusing,udahnya pihak lawn melintas kami.sampai di satu tempat kami kena patah balik..haha..walaupun kami tak sampai pun kat poin tu kami tetap patah balik so kami menanglah.tapi bukan dengan cara mendayung kami menang sebab kami semua berenang atas rakit 2.yang duduk di bahagian belakang plak dah macam injin moto bot.kaki kayuh sehabis kuat semata2 untuk menang haha...seronok sangat sebab kayak kami jadi hancur,tiup yang pada asalnya kat bawah buluh skarang dah atas pada buluh.habis hancurlah kitorang punya rakit 2.tapi kami menang...huu...penat tau bt aktiviti ni sebab mengunakan tenaga manusia sepenuhnya untuk mengerakkan rakit. oh ye sebelum terlupa UFO bermaksud unidentify floating object.aktiviti ni bagus untuk team spirit dan cara ikatan yang betul.5 bintang untuk aktiviti ini..huhu..

D SECOND DAY..

ha.. ni sambungan cite kat final camp..awal pagi kami bangun untuk malaysia cergas...memang patut pun dinamakan malaysia cergas sebab kami semua lesu je pagi 2, ada yang solat subuh di punya sujud lama lain macam je..huhu..lepas je habis jog n bersenam kami kena nyanyi lagu negeri masing2.nasib ingat lagi lagu klu tak wat malu je..nak tau apa jadi lepas tu..ha..ni keje pelik skt.kitorg kena bagi ayam makn.ha..mana ada kem lain yang bt apa yang kitorang bt ni..susah tau bagi ayam makan ingatkan senang..nasib dapat akal cepat,kitorng cari itik dan angsa.sebab itik dan angsa makan laju skit..huhu..bila dah habis bagi makan,time kitorg plak untuk makan tengahari.lepas pada 2 iqbal salah seorng peserta menghilangkan diri,mula2 kami risau lepas tu ada yang kata iqbal ok so tak lah risau sangat..tup2 dia kena colek ngan instuktor..adoi memang salah kami tak jaga kawan sendiri..kami teruskan dengan aktiviti camp craf..sampai malam..malam nya pulak kami ada management game n sedikit curahan ilmu daripada cik yazilah..memang mantap,malam 2 kasut semua lintang pukang sampai sy sendiri hilang sebelah kasut.tengah malam macam biasa kena mandi kat kolam berhampiran.malam tu boy(salah seorang peserta) tak berapa sht, dia pulak tak brapa pandai berenang so saya n kawan2 tolong tarik n apungkan dia di tengah2 kolam2.nak jadikan cite tetiba dia tarik life jeket saya,terkejut saya dibuatnya..rupa2nya kaki dia cramp..terus saya minta kawan untuk bantuan.bila dah naik dengan basah kuyup 2 kami dapt lah tido bt beberapa jam kemudian sebelum menjelang subuh..sentri malam 2 saya bertugas dengan dayah jaga kawasan penginapan peserta..penat lah jugak tapi dlm kepala otak asyik duk pikir ilmu sampai tak sedar masa dah berlalu..dah masuk hari ke tiga...

Monday, March 30, 2009

First Day to Latto Carok.

hari yang ditunggu telah tiba..kami berangkat lebih kurang jam 8.30am.dalam perjalan ramai yang tertidur mungkin penat agaknya..yang saya tau saya tak dapat tidur sepanjang perjalanan,baru je nak lelap mata dah terjaga.alhamdullillah kami sampai di latto carok dengan selamat.saya pun rasa bershukur hari cerah so senang nak buat camp craf.sebaik tiba hati saya tak senang kerana tanggungjawab saya dan aidie bermula di sini.selagi camp craf tak siap selagi itulah hati kami tak tenang.kami mulakan dengan agihan kerja,kumpulan saya terdiri drpd haikal,akmal,kecik,dan beberapa org lagi.kami dapat kerja gali kolam untuk pam air.agak susah juga kerja ni sebab kena tebas segala semak samun then gali then bt benteng dan akhir sekali memastikan pap air berjalan dengan lancar.habis kami kena gatal2 sebab terkena getah pokok keladi.tapi yang bestnya awal2 lagi kami dah main air n dapat mandi..huhuhu..petang pula saya dipanggil untuk masak makn malam.lauknya ialah kari ayam,kobis goreng dan buah.saya tak pernah masak kari ayam tanpa mak di dapur apatah lagi nak masak untuk org lain.so saya masak lah sayur..nasib baik ok cuma nasi je mentah sebab salah guna periuk.malam lepas makan kami teruskan camp craf kami...sampai khemah penenpatan siap.tak syok lah klu pegi camp tak kena rendam kan? so malam tu kami kena rendam.untuk first day 2 je yng saya ingat klu nak tau kisah yang lebih lanjut baca lah blog ni selalu..salam..

grounded at kenanga inn...

salam..hai ni nak mai cite tentang kami yang nak pergi final camp kat janda baik pahang.firstly,sy memang happy sangat sebab kem ni dibuat di kampung halaman saya sendiri.nak kata dekat pun dekat dari shah alam ni...macam biasa lah petang tu kami ada majlis perasmian kat dewan kenanga.saya yang baru je salin baju exstremly X camp ni naik lah ke dewan.belum pun kaki melangkah masuk Saufe(salah seorang peserta) meminta bantuan agar saya menjadi pengacara majlis..wah terkejut besar saya sebab tak pernah hidup saya jadi MC sebelum ni dah lah last minute tapi kawan punya pasal jadi lah...haha lawak and nerves sgt sampai cakap pun salah..cendera hati jadi cendera mati..adoi..malam kami ada sesi ais breaking,kami mengenali antara satu sama lain termasuklah fesi2 kami.pening jugak kepala nak menghafal nama2 mereka ni..lepas tu kami buat sorak untuk kumpulan masing2.di ikuti dengan sesi mengangkut barang masuk lori dan sambungan ais breaking.malam itu saya dan aidie telah menerang kan campsite yang akan dibina. agak banyak juga yang perlu diterangkan supaya nanti tak keliru.malam saya kena sentri dari 3am sampi 4am.alhamdullillah semua selamat dan tak sabar2 nak pergi final camp.

Tuesday, March 10, 2009

Janda Baik...

hari ahad lepas saya,afiq dan aidie telah ke janda baik untuk servey tempat.so kami dah tengoklah secara terperinci kawasan camp site 2.dah nama lagi kawasan baru untuk camp so memang banyak pokok n lalang2 yang perlu ditebas nanti.dekat sana ada 4 bahagian camp site,iaitu camp a,b,c,and tandas.wah memang banyak kerja nanti sebab kena pam air dari anak sungai,bt tandas sendiri dan bt pagar.so untuk kawan2,darlyn ingatkan korang supaya berhati2 sebab camp site atas bukit takut nanti ada pulak yang jatuh,lagipun tu hutan pandai2 lah korang jaga diri nanti yerk..ingat kita kena kerja sama barulah camp seronok and happening walaupun penat...huhu k lah good luck kat u all apa2 pasal penempatan info kat aidie or darlyn k..minta diri dulu ye..

Wednesday, March 4, 2009

dah dekat final camp

hari ni kami tiada kelas gymnastic so kami ambik kesempatan ni untuk cek barang di stor..semalam saya dan ahli kumpulan kena cek barang survivor so kami cek lah fly sheet,dapur maestin,parang dan juga solid fuel.semuanya ok kecuali solid fuel yang tiada.dalam masa yang sama kami turut cek barang2 camp craf,bukan apa sebagai ajk penempatan saya perlu tau supaya senang nak uruskan penempatan.bagi saya perancangan kali ni untuk final camp lebih baik dan teratur.mungkin kerana kami dah belajar kesilapan dari final camp kot..anyway pada rakan2 seperjuangan,teruskan usaha dan tingkatkan prestasi.darlyn mungkin seorang yang lebih pendiam tapi itu tak bermakna darlyn tak boleh bt kerja so kalau kawan2 perlukan bantuan darlyn bagi tau lah darlyn sedia membantu apa yang darlyn mampu bantu..so come on guys make our final camp the best camp ever...chiayok2!!

Thursday, February 26, 2009

KAYAK DAY...

24 Feb lepas kami telah mengadakan aktiviti kayak di Taman Tasik Shah Alam.kami mula mengangkut baang dari stor pada jam 6.30am.saya sejujurny mengaku saya datang pada jam 6.45am kerana terlewat bangun.setibanya di tasik kami diberi keterangan oleh En.Hisyam mengenai anatomi kayak,setelah itu kami belajar mendayung di atas darat terlebih dahulu.kemudiannya kami pown turun ke dalam air,takut jugak la rasanya sebab tak pernah naik kayak selama ini.saya berpasangan dengan Iz.semasa mula2 kayak semua ok tapi bila dah lama2 asyik bengkang bengkok je...mungkin tenaga yang diberikan tidak sama ketika mandayung.kami belajar capsize(kayak terbalik)dan apa terjadi ialah kayak berada jauh dari kami.so saya dan iz terpaksa berenag sedikit untuk mendanpatkan kayak kami.saya belajar cara nak naik semula ke dalam kayak.ianya tidak lah semudah yang kita sangka,2 3 kali cuba baru boleh.tapi kami beruntung sbab tasik tiada ombak.kami juga belajar isyarat dalam air seper4ti rafting(berkumpul) di mana ia bertujuan untuk rehat dan menukar pasangan.ketika tukar pasangan saya berada di hadapan ayed.kami di minta berkayak pulang ke pangkalan.ketika berkayak dengan ayed saya berasa jangal kerana kurang berinteraksi tapi yang pelik kami selesa dan kayak kami mara dengan lurus dan tenang tanpa berhenti atau terlanggar apa2.herm...agak pelik sebab mas naik dengan iz walaupun ada komunikasi tapi tetap langgar sana sini tapi dengan ayed lain pulak ceritanya..ap2 pun aktiviti itu memang best walaupun rasa macm dah tiada tangan di penghujung aktiviti...terima kasih banyak2 En.Hisyam.

Wednesday, February 25, 2009

abseiling atas katil...

hey blogers...minggu lepas ada kelas abseiling bersama En.Hisyam,tapi saya tak dapat hadir bersama2 mereka melakukan aktiviti berkenaan.sedih sangat sebab abseiling adalah salah satu aktiviti yang saya tunggu2 sejak sem lepas.
anyway,saya ada sebab tersendiri kenapa saya tidak hadir ke kelas itu.well,saya tak hadir sebab saya kena tahan di wat Hospital Tengku Ampuan Afzan akibat daripada jangkitan baktiria dalam darah...hmm..sunyi n rindu sgt nak belajar dengan kawan2 tapi apakan daya..orang belajar praktikal abseiling saya belajar teori atas katil.nasib baik ade senior yang sudi bagi pinjam buku log dan nota tentang outdoor.tak lah saya blur nanti..alhamdulilllah sihat juga akhirnya dan banyak benda nak kejar dalam pelajaran ni.so mintak diri dulu ya..kalau ada apa2 info yang perlu saya tau masa saya tiada tolong2 lah beritahu..bye salam..

Thursday, February 19, 2009

the second day..

pada hari ni awal2 pagi kami bangun untuk melakukan aktiviti kedua.tapi sebelum tu ofcoz bagi muslim mereka akan sembahyang subuh dahulu dan srterusnya makan barulah aktiviti bermula.pagi itu kami menjalani aktiviti blind tril.mata kami diikat dgn mengunakan kain hitam.objectivenya ialah untuk merasai bagaimana org kurang upaya meneruskan hidup dan juga untuk menguji kerjasama kami sepasukan.kami diminta untuk bergerak dlm satu barisan sambil memegang tangan kawan sebelah so segala halangan kami mengikut arahan orang di hadapan.satu pekara yang mengkagumkan saya ialah apabila kawan di sebelah saya jatuh dalam longkang besar dan kami tidak lepas tangan.walaupun dia jatuh tapi kami tetap dalam satu barisan.dan saya tidak menyedari dia jatuh sebab dia tidak bersuara ketika jatuh dan tangannya masih lagi erat di tangan saya.seterusnya kami dipisahkan untuk berjalan sendirian mengikut tali yang diikat.itulah pengalaman yang paling mencabar bagi saya sebab kena masuk dalam lumpur dan kolam.habis kotor semua tapi seronok sebab saya tak pernah alami semua ni.dan pada ketika itu juga saya rasa sedih sebab terkenangkan seorang kawan kami yang tak dapat bersama2 kami ke camp.
selepas makan tengah hari,kami melakukan aktiviti orienteering.setelah mendapat keterangan dari En.Mus,kami pun mulakan aktiviti.saya dapat selesaikan kesemua CP yang ada cuma sedikit sesat di CP4,disitu saya dapat lihat sikap saling ambil berat oleh seorang rakan saya iz,sebab dia bimbang untuk tinggalkan saya seorang diri di dalam ladang kelapa sawit itu.saya berterima kasih padanya kerana sikapnya membuatkan saya lebih berhati2 ketika mencari CP.oh ye..ms tengah sibuk cari cp sy tersermpak dgn oingk2 (babi hutan)dan juga sekumpulan monyet yang menghalang laluan saya.memang takut sangat masa tu tapi kn kuat semangat so sy mampu juga menamatkan aktiviti itu ditangga yang ke3.huhu boleh lah..yang penting dapat belajar berdikari dan kn pandai baca peta serta kompas.

firstday of first camp

7 Feb 2009
hari ni hari paling mencabar bagi kami student2 part2.kami bartolak ke bukit cerakah lebih kurang jam 9 pagi,pagi itu saya,ieka,yazid,dan aidie telah ke pasar sek 6 untuk mengambil barang2 yang telah ditempah.setibanya kami ke bukit cerakah saya dan seorg instructor telah masuk untuk mengambil pas kenderaan dan cek in.2 bas,1 van dan 1 motosikal telah masuk ke kawasan perkhemahan kami iaitu Taman Camar Rimba.sesudah reload barang,kami dibahagikan kpd 4 kumpulan.seterusnya ialah sesi menyerahkan barang berharga kepada instructor untuk disimpan.sesudah kami angkat semua barang2,set up tempat pun bermula.saya telah menerangkan layout tapak perkhemahan kami dan pembahagian kerja untuk merialisasikan layout itu.alhamdullillah semua nya ok cuma khemah pusat mengambil masa yang agak lama untuk memasang kerana ianya besar dan khemah terpenting.setelah makan tengah hari,aktiviti kami pun bermula.saya terdiri dari anggota kumpulan 1 dimana diketuai oleh Muizzuddin.aktiviti pertama kumpulan kami ialah kem craf so kami perlu siapkan semua yang belum siap dikawasan perkhemahan.seronok sebab dapat tengok kawan2 punya krativiti untuk siapkan kerja seperti pasang lampu,siapkan ampayan kain,masak dan juga pasang khemah.best sangat rasa macam kami semua adik beradik.malam pula kami ade ice breaking..seronok dapat kenal ramai orang dan main management game.sebenarnya malam 2 kepala saya akit sangat tapi sebab rasa masih berdaya and kawan2 sering bersama so saya bertahan sampai satu ketika saya tak mampu lagi bertahan iaitu semasa kawan2 melakukan aktiviti night walk.sedih coz tak dpt bersama mereka tapi pengalaman mereka turut dikongsi bersama saya..alhamdulillah kawan semua ade team spirit..

Friday, February 6, 2009

wah banyaknye dpt belajar...

hai, hari semalam kami pergi cerakah lagi untuk bt final cekup.. erm yang masuk tu ramai lah juga termasuk 5 org instructor.kami pergi nak boder tapak so org tau yg kami nak gn tempat 2.so lepas je kira tapak kami cek palan dan terus balutlah tapi malangnya kami bt 2 salah dan tak terlintas pulak nak tanya instructor.so bila dah siap kami kn bagi report dan apa terjadi ialah kami kn bk semula sebab salah balut...hua3...apalah yang kami pikir masa bt 2...tapi ape2 pun saya banyak belajar pasal bt rumah ni...i mean setting untuk khemahlah..penat 2 mmg lah penat tapi yang paling penting ilmu yang dapat 2 tak boleh dijual beli...betul tak..k r got 2 go..

Wednesday, February 4, 2009

SERANGAN ANONYMOUS!!!

hai blogers,ingin saya berkongsi pengalaman saya apabila diserang anonymous...
begini ceritanya,saya tiba2 dapat satu comen dari beliau dengan menggunakan kata2 yang kurang menyenangkan...pada mulanya saya agak keliru mengapa saya dituduh,tetapi dengan kuasa tuhan saya biarkan aja...semakin saya biar semakin banyak komen2 beliau masuk dan seolah2 beliau mempunyai suatu perasaan yang sangat membenci diri saya,walaupun saya tidak tahu siapa gerangan beliau tetapi saya pasti ada pekara yang membuatkan beliau bertindak sedemikian.malah ada diantara komen beliau terpaksa saya padam untuk menjaga keselamatan orang lain. yang menjadi kemusykilan adalah apabila anonymous hanya menyerang saya dan juga pengarah program (afiq),kenapa beliau ingin melaga-laga kan kami???dengan berkat kesabaran akhirnya En.Hisyam menasihati kami supaya tidak mengendahkan beliau dan mengingatkan kami supaya jangan sesekali bertindak sedemikian kerana ianya bukan sahaja membuatkan mangsa tidak senang duduk malah turut mengakibatkan kami berpecah belah.akhir kata maafkanlah sekiranya tersalah bicara dan sesungguhnya yang buruk itu datang dari kita dan yang baik itu datang dariNYA..amin..

store oh store..

hari semalam selepas sahaja saya,yazid dan iz ke bukit cerakah kami terus ke store...setiba kami disana ramai betul fesi yand tidak dikenali agak janggal rasanya...first impresion saya dah salah apabila saya lupa yang saya berada di store,maksud saya adalah saya tidak memakai kasut ke store,pekara ini membuatkan saya sama sekali tidak selesa maka saya meminta kebenaran untuk pulang dan tukar kasut.banyak tentang layout penempatan saya uruskan bersama fesi.insyaallah semuanya ok..dengan perut yang belum diisi saya terus bersama kawan2 lain untuk mengemas barang di store..akhir sekali kami meeting bersama afiq untuk memberi laporan dari setiap biro.sampai disitu sahaja saya mampu bersama mereka kerana saya mempunyai kelas koko untuk dihadiri...hari ini hari tyerakhir kami masuk store untuk buat last cekup.

jom cari CP0-CP6

Semalam kelas orienteering diadakan di staduim uitm.mula2 kami dikenalkan dengan semua eliment yang ada pada kompas,kemudian kami didedahkan dengan cara menggunakannya pula..hmm merah itu utara,hitam itu selatan.itulah basic yang paling penting dalam pembelajaran kami.seterusnya kami juga belajar cara2 membaca peta...best sgt sebab rasa mcm dunia ni kecik je...kami belajar baca skala,petanda dan arah...selepas semua tu kami belajar tibalah masa untuk praktikkannya pula...kami dibahagikan dgn beberapa kumpulan dan saya pula merupakan salah seorang kumpulan Los n Faun.kami menyediakan 7 keping control card dan permainan pun bermula..CP0 mudah dijumpai kerana ianya merupakan starting poin,berpandukan ilmu yang diberi kami baca kompas dengan tertib dan menjumpai CP1,kami jadi semakin teruja apabila kami membaca control card yang tertera jarak CP seterusnya adalah berhampiran sahaja.selepas membaca kompas kami menuju ke kawasan lapang sasar palapes,umtuk mempercepatkan pencarian kami berpecah,haha..siapa sangka itu adalah idea yang bagus kerana ketiga-tiga kami menjumpai CP setiap seorang,saya menjumpai CP5,ayed jumpa CP4,manakala afiq pula bukan sahaja jumpa CP2 malah turut menjumpai CP3,kerana terlalu gairah untuk menghabiskan permainan ini kami terus mencari CP6.masa yang diambil agak lama tapi kami berjaya menjumpainya...nak dijadikan cerita,ketika lapur di kaunter kami tidak cukup CP2,mungkin kerana nak cepat benda yang ada depan mata pun kami tak ambil..maka kenalah kami cari semula...pengajaran kami buat kerja kena fokus dan pastikan betul sebelum terlambat...

Monday, February 2, 2009

BREAK IS OVER...

Salam bloges...hari ni kembali lah semula kami ke kampus Shah Alam setelah selama seminggu kami cuti berehat... awal2 lagi kami ada class bel 260 dgn Pn.Mastura...penat badan travel semalam pu blm hilang dah kena perah otak untuk menjana ilmu..tapi dengan semangat yang kuat alhamdulillah saya mampu bertahan sehingga di penghujung kelas..seronok dapat jumpa puan semula kerana hilang rasa rindu apabila mendengar petahnya ketika bercakap dalam bahasa inggeris,bukan semua orang yang saya pernah jumpa mampu bertutur selancar Pn mastura.
sekarang cuti dah habis dan kem pula makin tiba,banyak kerja yang perlu di bereskan.tambahan pula sem ini merupakan sem yang pendek maka kami perlu tingkatkan usaha dan kekal bersemangat sekiranya kami ingin berjaya..tinggal lagi beberapa minggu kami akan menduduki final exam..so kawan2 yang sudi baca blog ni marilah kita berganding bahu mengejar cita2 yang bakal tiba..salam...

Friday, January 23, 2009

meeting with perlu

mlm semalam kami ade meeting dgn anggota perlu yang akan mengiring kami nanti..
so satu keburukkan kami dah tertera apabila ketua tak mampu bagi kt putus, kejap kt ade meeting dan kejap kata tak ada so skt sbyk mengelirukan kami...nasib bk sy ambik inisiatif untuk turun awal di pool side...dan meeting itu akan dilangsungkan juga...
salah seorg daripada kami datang lewat so terpaksalah kami tunggu dia,mungkin dia juga keliru dgn sms yang diberikan kepadanya.
apa2 pun,meeting berlangsung dgn baik dan banyak masalah dapat dirungkai seperti masalah pemakanan,peralatan dan jg penempatan..
sbg ajk penempatan sy telah nyatakan masalah kami dan semuanya selesai mlm itu jg..
alhamdulillah...penempatan lah paling skit masalah kerana kami mampu berkeja sama,bukan sahaja dikalangan ajk malah dengan peserta dari INSTAC...mereka sering menghubungi kami dan berkongsi idea untuk menyelesaikan masalah mengenai penempatan..so semuanya dah siap dan tinggal lg nak bayar and terus jalan kan aktiviti...dari meeting itu jg kami dapat belajar banyak pekara mengenai perkhemahan..dari pemakanan hinggalah ke kerja2 khas..alhamdulillah bertambah lagi ilmu7 kami walaupun balik pukul 12.15 pagi.... sadakallahhulazim..