Monday, March 30, 2009

First Day to Latto Carok.

hari yang ditunggu telah tiba..kami berangkat lebih kurang jam 8.30am.dalam perjalan ramai yang tertidur mungkin penat agaknya..yang saya tau saya tak dapat tidur sepanjang perjalanan,baru je nak lelap mata dah terjaga.alhamdullillah kami sampai di latto carok dengan selamat.saya pun rasa bershukur hari cerah so senang nak buat camp craf.sebaik tiba hati saya tak senang kerana tanggungjawab saya dan aidie bermula di sini.selagi camp craf tak siap selagi itulah hati kami tak tenang.kami mulakan dengan agihan kerja,kumpulan saya terdiri drpd haikal,akmal,kecik,dan beberapa org lagi.kami dapat kerja gali kolam untuk pam air.agak susah juga kerja ni sebab kena tebas segala semak samun then gali then bt benteng dan akhir sekali memastikan pap air berjalan dengan lancar.habis kami kena gatal2 sebab terkena getah pokok keladi.tapi yang bestnya awal2 lagi kami dah main air n dapat mandi..huhuhu..petang pula saya dipanggil untuk masak makn malam.lauknya ialah kari ayam,kobis goreng dan buah.saya tak pernah masak kari ayam tanpa mak di dapur apatah lagi nak masak untuk org lain.so saya masak lah sayur..nasib baik ok cuma nasi je mentah sebab salah guna periuk.malam lepas makan kami teruskan camp craf kami...sampai khemah penenpatan siap.tak syok lah klu pegi camp tak kena rendam kan? so malam tu kami kena rendam.untuk first day 2 je yng saya ingat klu nak tau kisah yang lebih lanjut baca lah blog ni selalu..salam..

grounded at kenanga inn...

salam..hai ni nak mai cite tentang kami yang nak pergi final camp kat janda baik pahang.firstly,sy memang happy sangat sebab kem ni dibuat di kampung halaman saya sendiri.nak kata dekat pun dekat dari shah alam ni...macam biasa lah petang tu kami ada majlis perasmian kat dewan kenanga.saya yang baru je salin baju exstremly X camp ni naik lah ke dewan.belum pun kaki melangkah masuk Saufe(salah seorang peserta) meminta bantuan agar saya menjadi pengacara majlis..wah terkejut besar saya sebab tak pernah hidup saya jadi MC sebelum ni dah lah last minute tapi kawan punya pasal jadi lah...haha lawak and nerves sgt sampai cakap pun salah..cendera hati jadi cendera mati..adoi..malam kami ada sesi ais breaking,kami mengenali antara satu sama lain termasuklah fesi2 kami.pening jugak kepala nak menghafal nama2 mereka ni..lepas tu kami buat sorak untuk kumpulan masing2.di ikuti dengan sesi mengangkut barang masuk lori dan sambungan ais breaking.malam itu saya dan aidie telah menerang kan campsite yang akan dibina. agak banyak juga yang perlu diterangkan supaya nanti tak keliru.malam saya kena sentri dari 3am sampi 4am.alhamdullillah semua selamat dan tak sabar2 nak pergi final camp.

Tuesday, March 10, 2009

Janda Baik...

hari ahad lepas saya,afiq dan aidie telah ke janda baik untuk servey tempat.so kami dah tengoklah secara terperinci kawasan camp site 2.dah nama lagi kawasan baru untuk camp so memang banyak pokok n lalang2 yang perlu ditebas nanti.dekat sana ada 4 bahagian camp site,iaitu camp a,b,c,and tandas.wah memang banyak kerja nanti sebab kena pam air dari anak sungai,bt tandas sendiri dan bt pagar.so untuk kawan2,darlyn ingatkan korang supaya berhati2 sebab camp site atas bukit takut nanti ada pulak yang jatuh,lagipun tu hutan pandai2 lah korang jaga diri nanti yerk..ingat kita kena kerja sama barulah camp seronok and happening walaupun penat...huhu k lah good luck kat u all apa2 pasal penempatan info kat aidie or darlyn k..minta diri dulu ye..

Wednesday, March 4, 2009

dah dekat final camp

hari ni kami tiada kelas gymnastic so kami ambik kesempatan ni untuk cek barang di stor..semalam saya dan ahli kumpulan kena cek barang survivor so kami cek lah fly sheet,dapur maestin,parang dan juga solid fuel.semuanya ok kecuali solid fuel yang tiada.dalam masa yang sama kami turut cek barang2 camp craf,bukan apa sebagai ajk penempatan saya perlu tau supaya senang nak uruskan penempatan.bagi saya perancangan kali ni untuk final camp lebih baik dan teratur.mungkin kerana kami dah belajar kesilapan dari final camp kot..anyway pada rakan2 seperjuangan,teruskan usaha dan tingkatkan prestasi.darlyn mungkin seorang yang lebih pendiam tapi itu tak bermakna darlyn tak boleh bt kerja so kalau kawan2 perlukan bantuan darlyn bagi tau lah darlyn sedia membantu apa yang darlyn mampu bantu..so come on guys make our final camp the best camp ever...chiayok2!!