Thursday, February 26, 2009

KAYAK DAY...

24 Feb lepas kami telah mengadakan aktiviti kayak di Taman Tasik Shah Alam.kami mula mengangkut baang dari stor pada jam 6.30am.saya sejujurny mengaku saya datang pada jam 6.45am kerana terlewat bangun.setibanya di tasik kami diberi keterangan oleh En.Hisyam mengenai anatomi kayak,setelah itu kami belajar mendayung di atas darat terlebih dahulu.kemudiannya kami pown turun ke dalam air,takut jugak la rasanya sebab tak pernah naik kayak selama ini.saya berpasangan dengan Iz.semasa mula2 kayak semua ok tapi bila dah lama2 asyik bengkang bengkok je...mungkin tenaga yang diberikan tidak sama ketika mandayung.kami belajar capsize(kayak terbalik)dan apa terjadi ialah kayak berada jauh dari kami.so saya dan iz terpaksa berenag sedikit untuk mendanpatkan kayak kami.saya belajar cara nak naik semula ke dalam kayak.ianya tidak lah semudah yang kita sangka,2 3 kali cuba baru boleh.tapi kami beruntung sbab tasik tiada ombak.kami juga belajar isyarat dalam air seper4ti rafting(berkumpul) di mana ia bertujuan untuk rehat dan menukar pasangan.ketika tukar pasangan saya berada di hadapan ayed.kami di minta berkayak pulang ke pangkalan.ketika berkayak dengan ayed saya berasa jangal kerana kurang berinteraksi tapi yang pelik kami selesa dan kayak kami mara dengan lurus dan tenang tanpa berhenti atau terlanggar apa2.herm...agak pelik sebab mas naik dengan iz walaupun ada komunikasi tapi tetap langgar sana sini tapi dengan ayed lain pulak ceritanya..ap2 pun aktiviti itu memang best walaupun rasa macm dah tiada tangan di penghujung aktiviti...terima kasih banyak2 En.Hisyam.

Wednesday, February 25, 2009

abseiling atas katil...

hey blogers...minggu lepas ada kelas abseiling bersama En.Hisyam,tapi saya tak dapat hadir bersama2 mereka melakukan aktiviti berkenaan.sedih sangat sebab abseiling adalah salah satu aktiviti yang saya tunggu2 sejak sem lepas.
anyway,saya ada sebab tersendiri kenapa saya tidak hadir ke kelas itu.well,saya tak hadir sebab saya kena tahan di wat Hospital Tengku Ampuan Afzan akibat daripada jangkitan baktiria dalam darah...hmm..sunyi n rindu sgt nak belajar dengan kawan2 tapi apakan daya..orang belajar praktikal abseiling saya belajar teori atas katil.nasib baik ade senior yang sudi bagi pinjam buku log dan nota tentang outdoor.tak lah saya blur nanti..alhamdulilllah sihat juga akhirnya dan banyak benda nak kejar dalam pelajaran ni.so mintak diri dulu ya..kalau ada apa2 info yang perlu saya tau masa saya tiada tolong2 lah beritahu..bye salam..

Thursday, February 19, 2009

the second day..

pada hari ni awal2 pagi kami bangun untuk melakukan aktiviti kedua.tapi sebelum tu ofcoz bagi muslim mereka akan sembahyang subuh dahulu dan srterusnya makan barulah aktiviti bermula.pagi itu kami menjalani aktiviti blind tril.mata kami diikat dgn mengunakan kain hitam.objectivenya ialah untuk merasai bagaimana org kurang upaya meneruskan hidup dan juga untuk menguji kerjasama kami sepasukan.kami diminta untuk bergerak dlm satu barisan sambil memegang tangan kawan sebelah so segala halangan kami mengikut arahan orang di hadapan.satu pekara yang mengkagumkan saya ialah apabila kawan di sebelah saya jatuh dalam longkang besar dan kami tidak lepas tangan.walaupun dia jatuh tapi kami tetap dalam satu barisan.dan saya tidak menyedari dia jatuh sebab dia tidak bersuara ketika jatuh dan tangannya masih lagi erat di tangan saya.seterusnya kami dipisahkan untuk berjalan sendirian mengikut tali yang diikat.itulah pengalaman yang paling mencabar bagi saya sebab kena masuk dalam lumpur dan kolam.habis kotor semua tapi seronok sebab saya tak pernah alami semua ni.dan pada ketika itu juga saya rasa sedih sebab terkenangkan seorang kawan kami yang tak dapat bersama2 kami ke camp.
selepas makan tengah hari,kami melakukan aktiviti orienteering.setelah mendapat keterangan dari En.Mus,kami pun mulakan aktiviti.saya dapat selesaikan kesemua CP yang ada cuma sedikit sesat di CP4,disitu saya dapat lihat sikap saling ambil berat oleh seorang rakan saya iz,sebab dia bimbang untuk tinggalkan saya seorang diri di dalam ladang kelapa sawit itu.saya berterima kasih padanya kerana sikapnya membuatkan saya lebih berhati2 ketika mencari CP.oh ye..ms tengah sibuk cari cp sy tersermpak dgn oingk2 (babi hutan)dan juga sekumpulan monyet yang menghalang laluan saya.memang takut sangat masa tu tapi kn kuat semangat so sy mampu juga menamatkan aktiviti itu ditangga yang ke3.huhu boleh lah..yang penting dapat belajar berdikari dan kn pandai baca peta serta kompas.

firstday of first camp

7 Feb 2009
hari ni hari paling mencabar bagi kami student2 part2.kami bartolak ke bukit cerakah lebih kurang jam 9 pagi,pagi itu saya,ieka,yazid,dan aidie telah ke pasar sek 6 untuk mengambil barang2 yang telah ditempah.setibanya kami ke bukit cerakah saya dan seorg instructor telah masuk untuk mengambil pas kenderaan dan cek in.2 bas,1 van dan 1 motosikal telah masuk ke kawasan perkhemahan kami iaitu Taman Camar Rimba.sesudah reload barang,kami dibahagikan kpd 4 kumpulan.seterusnya ialah sesi menyerahkan barang berharga kepada instructor untuk disimpan.sesudah kami angkat semua barang2,set up tempat pun bermula.saya telah menerangkan layout tapak perkhemahan kami dan pembahagian kerja untuk merialisasikan layout itu.alhamdullillah semua nya ok cuma khemah pusat mengambil masa yang agak lama untuk memasang kerana ianya besar dan khemah terpenting.setelah makan tengah hari,aktiviti kami pun bermula.saya terdiri dari anggota kumpulan 1 dimana diketuai oleh Muizzuddin.aktiviti pertama kumpulan kami ialah kem craf so kami perlu siapkan semua yang belum siap dikawasan perkhemahan.seronok sebab dapat tengok kawan2 punya krativiti untuk siapkan kerja seperti pasang lampu,siapkan ampayan kain,masak dan juga pasang khemah.best sangat rasa macam kami semua adik beradik.malam pula kami ade ice breaking..seronok dapat kenal ramai orang dan main management game.sebenarnya malam 2 kepala saya akit sangat tapi sebab rasa masih berdaya and kawan2 sering bersama so saya bertahan sampai satu ketika saya tak mampu lagi bertahan iaitu semasa kawan2 melakukan aktiviti night walk.sedih coz tak dpt bersama mereka tapi pengalaman mereka turut dikongsi bersama saya..alhamdulillah kawan semua ade team spirit..

Friday, February 6, 2009

wah banyaknye dpt belajar...

hai, hari semalam kami pergi cerakah lagi untuk bt final cekup.. erm yang masuk tu ramai lah juga termasuk 5 org instructor.kami pergi nak boder tapak so org tau yg kami nak gn tempat 2.so lepas je kira tapak kami cek palan dan terus balutlah tapi malangnya kami bt 2 salah dan tak terlintas pulak nak tanya instructor.so bila dah siap kami kn bagi report dan apa terjadi ialah kami kn bk semula sebab salah balut...hua3...apalah yang kami pikir masa bt 2...tapi ape2 pun saya banyak belajar pasal bt rumah ni...i mean setting untuk khemahlah..penat 2 mmg lah penat tapi yang paling penting ilmu yang dapat 2 tak boleh dijual beli...betul tak..k r got 2 go..

Wednesday, February 4, 2009

SERANGAN ANONYMOUS!!!

hai blogers,ingin saya berkongsi pengalaman saya apabila diserang anonymous...
begini ceritanya,saya tiba2 dapat satu comen dari beliau dengan menggunakan kata2 yang kurang menyenangkan...pada mulanya saya agak keliru mengapa saya dituduh,tetapi dengan kuasa tuhan saya biarkan aja...semakin saya biar semakin banyak komen2 beliau masuk dan seolah2 beliau mempunyai suatu perasaan yang sangat membenci diri saya,walaupun saya tidak tahu siapa gerangan beliau tetapi saya pasti ada pekara yang membuatkan beliau bertindak sedemikian.malah ada diantara komen beliau terpaksa saya padam untuk menjaga keselamatan orang lain. yang menjadi kemusykilan adalah apabila anonymous hanya menyerang saya dan juga pengarah program (afiq),kenapa beliau ingin melaga-laga kan kami???dengan berkat kesabaran akhirnya En.Hisyam menasihati kami supaya tidak mengendahkan beliau dan mengingatkan kami supaya jangan sesekali bertindak sedemikian kerana ianya bukan sahaja membuatkan mangsa tidak senang duduk malah turut mengakibatkan kami berpecah belah.akhir kata maafkanlah sekiranya tersalah bicara dan sesungguhnya yang buruk itu datang dari kita dan yang baik itu datang dariNYA..amin..

store oh store..

hari semalam selepas sahaja saya,yazid dan iz ke bukit cerakah kami terus ke store...setiba kami disana ramai betul fesi yand tidak dikenali agak janggal rasanya...first impresion saya dah salah apabila saya lupa yang saya berada di store,maksud saya adalah saya tidak memakai kasut ke store,pekara ini membuatkan saya sama sekali tidak selesa maka saya meminta kebenaran untuk pulang dan tukar kasut.banyak tentang layout penempatan saya uruskan bersama fesi.insyaallah semuanya ok..dengan perut yang belum diisi saya terus bersama kawan2 lain untuk mengemas barang di store..akhir sekali kami meeting bersama afiq untuk memberi laporan dari setiap biro.sampai disitu sahaja saya mampu bersama mereka kerana saya mempunyai kelas koko untuk dihadiri...hari ini hari tyerakhir kami masuk store untuk buat last cekup.

jom cari CP0-CP6

Semalam kelas orienteering diadakan di staduim uitm.mula2 kami dikenalkan dengan semua eliment yang ada pada kompas,kemudian kami didedahkan dengan cara menggunakannya pula..hmm merah itu utara,hitam itu selatan.itulah basic yang paling penting dalam pembelajaran kami.seterusnya kami juga belajar cara2 membaca peta...best sgt sebab rasa mcm dunia ni kecik je...kami belajar baca skala,petanda dan arah...selepas semua tu kami belajar tibalah masa untuk praktikkannya pula...kami dibahagikan dgn beberapa kumpulan dan saya pula merupakan salah seorang kumpulan Los n Faun.kami menyediakan 7 keping control card dan permainan pun bermula..CP0 mudah dijumpai kerana ianya merupakan starting poin,berpandukan ilmu yang diberi kami baca kompas dengan tertib dan menjumpai CP1,kami jadi semakin teruja apabila kami membaca control card yang tertera jarak CP seterusnya adalah berhampiran sahaja.selepas membaca kompas kami menuju ke kawasan lapang sasar palapes,umtuk mempercepatkan pencarian kami berpecah,haha..siapa sangka itu adalah idea yang bagus kerana ketiga-tiga kami menjumpai CP setiap seorang,saya menjumpai CP5,ayed jumpa CP4,manakala afiq pula bukan sahaja jumpa CP2 malah turut menjumpai CP3,kerana terlalu gairah untuk menghabiskan permainan ini kami terus mencari CP6.masa yang diambil agak lama tapi kami berjaya menjumpainya...nak dijadikan cerita,ketika lapur di kaunter kami tidak cukup CP2,mungkin kerana nak cepat benda yang ada depan mata pun kami tak ambil..maka kenalah kami cari semula...pengajaran kami buat kerja kena fokus dan pastikan betul sebelum terlambat...

Monday, February 2, 2009

BREAK IS OVER...

Salam bloges...hari ni kembali lah semula kami ke kampus Shah Alam setelah selama seminggu kami cuti berehat... awal2 lagi kami ada class bel 260 dgn Pn.Mastura...penat badan travel semalam pu blm hilang dah kena perah otak untuk menjana ilmu..tapi dengan semangat yang kuat alhamdulillah saya mampu bertahan sehingga di penghujung kelas..seronok dapat jumpa puan semula kerana hilang rasa rindu apabila mendengar petahnya ketika bercakap dalam bahasa inggeris,bukan semua orang yang saya pernah jumpa mampu bertutur selancar Pn mastura.
sekarang cuti dah habis dan kem pula makin tiba,banyak kerja yang perlu di bereskan.tambahan pula sem ini merupakan sem yang pendek maka kami perlu tingkatkan usaha dan kekal bersemangat sekiranya kami ingin berjaya..tinggal lagi beberapa minggu kami akan menduduki final exam..so kawan2 yang sudi baca blog ni marilah kita berganding bahu mengejar cita2 yang bakal tiba..salam...