Thursday, February 19, 2009

the second day..

pada hari ni awal2 pagi kami bangun untuk melakukan aktiviti kedua.tapi sebelum tu ofcoz bagi muslim mereka akan sembahyang subuh dahulu dan srterusnya makan barulah aktiviti bermula.pagi itu kami menjalani aktiviti blind tril.mata kami diikat dgn mengunakan kain hitam.objectivenya ialah untuk merasai bagaimana org kurang upaya meneruskan hidup dan juga untuk menguji kerjasama kami sepasukan.kami diminta untuk bergerak dlm satu barisan sambil memegang tangan kawan sebelah so segala halangan kami mengikut arahan orang di hadapan.satu pekara yang mengkagumkan saya ialah apabila kawan di sebelah saya jatuh dalam longkang besar dan kami tidak lepas tangan.walaupun dia jatuh tapi kami tetap dalam satu barisan.dan saya tidak menyedari dia jatuh sebab dia tidak bersuara ketika jatuh dan tangannya masih lagi erat di tangan saya.seterusnya kami dipisahkan untuk berjalan sendirian mengikut tali yang diikat.itulah pengalaman yang paling mencabar bagi saya sebab kena masuk dalam lumpur dan kolam.habis kotor semua tapi seronok sebab saya tak pernah alami semua ni.dan pada ketika itu juga saya rasa sedih sebab terkenangkan seorang kawan kami yang tak dapat bersama2 kami ke camp.
selepas makan tengah hari,kami melakukan aktiviti orienteering.setelah mendapat keterangan dari En.Mus,kami pun mulakan aktiviti.saya dapat selesaikan kesemua CP yang ada cuma sedikit sesat di CP4,disitu saya dapat lihat sikap saling ambil berat oleh seorang rakan saya iz,sebab dia bimbang untuk tinggalkan saya seorang diri di dalam ladang kelapa sawit itu.saya berterima kasih padanya kerana sikapnya membuatkan saya lebih berhati2 ketika mencari CP.oh ye..ms tengah sibuk cari cp sy tersermpak dgn oingk2 (babi hutan)dan juga sekumpulan monyet yang menghalang laluan saya.memang takut sangat masa tu tapi kn kuat semangat so sy mampu juga menamatkan aktiviti itu ditangga yang ke3.huhu boleh lah..yang penting dapat belajar berdikari dan kn pandai baca peta serta kompas.

No comments: